Sunday, April 3

ikan keli goreng bercili


salam, entri kali ni, saya akan gunakan Bahasa Melayu atau mungkin Bahasa rojak lah kot untuk explain resepi kali ni. banyak bahan2 yang saya tak pasti dalam Bahasa Inggeris, jadi, lebih senanglah guna Bahasa Melayu ye ;p

gambar kat atas tu adalah antara menu kegemaran ahli keluarga saya iaitu ikan keli goreng. bila merujuk kepada ahli keluarga tu, maksudnya...memang SELURUH ahli keluarga, iaitu adik beradik nenek, anak2 nenek, cucu saudara, sepupu sepapat.. menu ni jugak memang agak famous lah dekat kampung saya, Lenggeng. contohnya untuk breakfast, mesti banyak kedai jual nasi lemak ikan keli, pulut ikan keli dan lain2. nasi lemak dekat kampung saya ni special sikit pasal dia adalah NASI dan IKAN KELI sahaja. ikan keli untuk nasi lemak pulak ada dua, iaitu ikan keli goreng sambal ataupun gulai ikan keli (re
ad: masak lemak cili padi pekat2). kalau kenduri kahwin pun, selalunya ada jugak lah kot. atuk saya pun ada kolam ikan keli. oh ya, tapi kalau dekat kampung, kitorang panggil ikan semilang/sembilang. walaupun sebenarnya, ikan sembilang tu, baka ikan keli yang besar tu. ok2, dah melalut.

ikan keli goreng berlada ni, saya dan keluarga memang TAKKAN makan kalau orang kedai jual. kerana, kebanyakan kedai2 tak pandai buang lendir2 ikan ni. tu yang kadang2 kalau makan, masih ada lendir dekat kulit ikan ni (=.+). kalau ikut style nenek saya masak, memang agak leceh lah, tapi memang menepati selera..hehe. okayh, ni resepi:


cara2 menyiang ikan keli:

sebenarnya, saya sendiri tak pernah menyiang ikan keli ni sendiri dari step pertama pasal geli sikit kerana ikan ni kalau dah buang kepala pun, dia masih hidup lepas tu, saya takut sikit kalau ikan ni sengat saya (+_+). bila dah buang kepala tuh, nenek saya akan gaul dengan garam kasar sebanyak2nya, lepas tu gaul dengan perahan limau nipis/kasturi dan
biarkan.

proses buang isi perut ikan. kepala ikan dah hilang

ikan keli dibiarkan bersama garam kasar dan limau kasturi

agak2 bila dah dalam 15 minit-setengah jam tuh, bolehlah basuh ikan ni. tapi....lendir ni, memang lah dah kurang, tapi belum sepenuhnya lagi. nenek saya (saya pun pernah buat step ni ye) akan ambil seekor2, basuh, lepastu kikis lendir dekat kedua2 bahagian badan ikan ni menggunakan pisau. bila agak2 permukaan ikan tu dah agak kesat dan tak licin lagi, ok, baru lulus. lepas dah hilang lendir, baru lah boleh dikelar kulit ikan tu, dan kerat2. kalau saiz kecil, tak perlu kerat pun. goreng seekor2 terus.

cara menggoreng:

bahan:

kunyit & garam.

gaul ikan keli dengan garam dan kunyit. panaskan minyak, kalau boleh, minyak yang banyak lah. dugaan menggoreng ikan ini adalah, minyak akan meletup2 apabila goreng ikan ni. kerana tu lah, saya agak reluctant sikitttttt kalau disuruh goreng ikan keli ni. lagi satu dugaan, ikan ni biasanya akan melekat2 antara satu sama lain, jadi memang leceh lah kan. dah la meletup2, lepas tu melekat2 lagi. dah goreng, ketepikan.

sambal ikan keli:
bahan:
bawang kecil - hiris (letak banyak2)
cili kering yang dah direbus dan di
blend
garam
perahan limau kasturi (dalam 3-4 biji)

yang ni rasanya semua orang tahu kot. masukkan bawang, goreng hingga wangi, masukkan cili dan kacau2. rahsia sambal nenek saya, rasanya kena terus kacau sehingga sekata. masukkan garam dan perahan asam limau. teruskan kacau sehingga naik minyak. selepas itu, baru masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

menu wajib bila semua orang balik kampung.

*tiba2 teringin nak makan ikan ni dengan pulut dan kelapa parut T_T

No comments:

Post a Comment

burping